Penarafan Dunia Bukti Universiti Tempatan Mampu Bersaing Di Peringkat Tertinggi – Najib

Kuala Lumpur – Kejayaan Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan sebagai universiti ke-54 terbaik dunia dalam bidang Sains Pertanian membuktikan universiti tempatan mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi penarafan itu, universiti-universiti tempatan bukan sahaja dapat bersaing di Asia, malahan di peringkat global.

“Tahniah kepada UPM yang telah dinobatkan universiti ke-54 terbaik dunia dalam bidang Sains Pertanian oleh US News and World Report menurut penarafan Kedudukan Universiti Terbaik Global mereka,” katanya di laman blog beliau, www.najibrazak.com pada Selasa.

Tambah membanggakan, UPM turut disenarai sebagai universiti terbaik Asia Tenggara dan ketujuh terbaik di rantau Asia bagi bidang Sains Pertanian, kata Najib.

Menurut kenyataan UPM, penarafan itu memfokus kepada penyelidikan keseluruhan institusi, reputasi global dan serantau serta prestasi penyelidikan yang menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan doktor falsafah (PhD).

UPM turut mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam QS World University Ranking apabila dua tahun berturut-turut berada dalam kumpulan 100 universiti terbaik dunia di bidang pertanian dan perhutanan serta pendidikan.

Dalam laporan terdahulu UPM telah disenaraikan pada kedudukan ke-54 terbaik di dunia dalam bidang Sains Pertanian berdasarkan penarafan Kedudukan Universiti Terbaik Global oleh US News and World Report yang diterbitkan baru-baru ini.

Menurut kenyataan UPM, ia turut disenarai sebagai universiti terbaik di rantau Asia Tenggara dan ketujuh terbaik Asia dalam bidang Sains Pertanian.

Penarafan baharu itu memfokus kepada penyelidikan keseluruhan institusi, reputasi global dan serantau serta prestasi penyelidikan yang menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan doktor falsafah (PhD).

“Terdapat lapan indikator utama untuk penarafan subjek termasuk reputasi penyelidikan global, reputasi penyelidikan serantau, penerbitan dan kerjasama antarabangsa.

Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata kejayaan itu merupakan pencapaian terbaik UPM dalam bidang Sains Pertanian sekali gus melonjakkan reputasi akademik universiti berkenaan di peringkat global.

“Pertanian merupakan ‘niche area’ atau bidang kebitaraan UPM dan semua komuniti UPM menzahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang ini kerana kesungguhan dan komitmen dalam memartabatkan ilmu pertanian telah meletakkan UPM antara yang terbaik di dunia,” katanya.

UPM turut mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam QS World University Ranking apabila dua tahun berturut-turut berada dalam kumpulan 100 universiti terbaik dunia di bidang pertanian dan perhutanan serta pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.