PAS Membisu Bila DAP Persoal Sekolah Agama

Kuala Lumpur – Pergerakan Pemuda UMNO Setiawangsa, kecewa dengan tindakan PAS yang langsung tidak memberikan sebarang maklumbalas berhubung kenyataan biadap ahli parlimen DAP-Sibu, Oscar Ling yang mempertikaikan kewujudan sekolah agama untuk masyarakat Islam.

Ketuanya, Ahmad Fauzee Ahmad Shahar yang ditemui SuaraTV sebentar tadi, PAS ternyata lebih mementingkan hubungan ‘tahaluf siyasi’ dengan parti ‘ultra kiasu DAP’ berbanding mempertahankan isu yang berkaitan Islam dan Melayu.

“Mereka selama ini sering menjual Islam khususnya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung, namun apabila agama dan hak Islam di pertikaikan oleh rakan sekutu, mereka hanya mampu berdiamkan diri.

“Sehingga sekarang langsung tidak ada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut pimpinan PAS yang mengutuk atau menyatakan pendirian berhubung isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP itu” katanya.

fauzee

Menurut Fauzi lagi PAS hanya berani tunjuk ‘hero’ dihadapan UMNO namun apabila ada isu berbangkit mengenai Islam yang dibawa oleh DAP, parti itu hanya mampu duduk dan diam.

Beliau turut menyerua agar masyarakat sedar, kerana ini bukan kali pertama perkara seumpama ini berlaku, dan pihak berkuasa seharusnya bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja mencetuskan isu perkauman ini bagi mengelakkan perkara seperti berulang kembali.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap kenyataan biadap itu” ujarnya tegas kepada SuaraTV.

Oscar Ling semalam menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba memburukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan mengatakan ia bersifat perkauman, mengatakan perkara sama boleh diperkatakan kepada sekolah agama.

“Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam‎.

“Tapi saya tidak kata sekolah agama bersifat‎ perkauman, hanya sebagai contoh. Tuduhan mereka pada sekolah jenis kebangsaan, bagaimana pula sekolah agama? Kerana ia perkara sama iaitu sekolah yang hanya untuk kaum tertentu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Terdahulu Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang turut mengecam dan mengutuk kenyataan Ahli Parlimen DAP-Sibu, Oscar Ling yang mendakwa sekolah agama turut menjadi punca pemisahan kaum di negara ini.

Menurut ketuanya, Rafizal Abd Rahim kenyataan tersebut dangkal ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum.

Rafizal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi berkata, kenyataan tersebut telah menyebabkan orang Melayu dan Islam marah dan tidak tenteram serta menghina Agama Islam.

“Kenyataan dangkal ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum.

“Sudah tentu ramai umat Islam akan terguris terutamanya yang menerima pendidikan di Sekolah Agama” katanya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai bodoh dan tidak dapat diterima sama sekali.

KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG TERHADAP KENYATAAN YB OSCAR LING (AHLI PARLIMEN DAP SIBU)

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mengecam sepenuhnya kenyataan yang dibuat oleh YB Oscar Ling, YB DAP Sibu yang menyatakan sekolah agama menjadi punca pemisah kaum.

Kenyataan sebegini, menyebabkan orang Melayu dan Islam akan berasa marah dan tidak tenteram seolah-olah menghina Agama Islam itu sendiri.

Kenyataan dangkal ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum.

Sudah tentu ramai Umat Islam akan terguris terutamanya yang menerima pendidikan di Sekolah Agama.

Sepertimana yang kita ketahui, Sekolah Agama telah melahirkan ramai cendiakawan dan pemimpin yang beribawa serta ramai ahli parlimen lahir daripada Sekolah Agama.

Sekolah Agama juga menjadi tunjang untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah terpuji serta mempunyai kredibiliti seorang pemimpin.

Kurikulum di sekolah agama sememangnya tidak dinafikan memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, kurikulum di Sekolah Agama juga mementingkan semangat ukhuwah dan perpaduan yang diperlukan di negara yang berbilang kaum ini.

Bagi pihak pemuda negeri, kenyataan BODOH sebegini TIDAK DAPAT DITERIMA sama sekali.

Pihak kami ingin meminta supaya YB Ahli Parlimen Sibu segera memohon maaf dan menarik kembali kenyataan biadap ini. Pemuda negeri Pulau Pinang bimbang akan ada nanti tindakan luar kawalan yang boleh menggugat ketenteraman negara.

RAFIZAL BIN ABD RAHIM
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Pulau Pinang

 

Baca: Pertikai Sekolah Agama, Pemuda UMNO Kecam Kenyataan Ahli Parlimen DAP

 

Baca: DAP Persoal Sekolah Agama Untuk Islam, Dakwa Ia Turut Jadi Punca Pemisahan Kaum

 

One thought on “PAS Membisu Bila DAP Persoal Sekolah Agama

  • November 5, 2014 at 8:55 pm
    Permalink

    PAS mana ada teloq

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.