Ops Khas: JPJ Terima Kecaman Hebat

Kuala Lumpur – Laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi sasaran segelintir individu yang mengecam serta mengkritik pelaksanaan Operasi Khas bagi memeriksa nombor pendaftaran kenderaan, ‘strobe light’ dan lampu HID serta cermin gelap.

Operasi berkenaan dikecam hebat kerana dikatakan menyusahkan pengguna jalan raya dan menjadi punca kesesakan sehingga hampir dua jam.

Ada juga yang mengatakan bahawa operasi tersebut hanya membuang masa kerana banyak lagi kesalahan yang dilakukan seperti lori lebih muatan, warga asing menunggang motosikal tanpa lesen perlu dibanteras.

Di samping itu, ada mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat yang jelas menghina dan mempersoalkan pelaksanaan operasi tersebut.

JPJ juga dicadangkan supaya membuka kedai menjual nombor pendaftaran kenderaan sendiri kerana banyak kedai di pasaran tidak mengetahui ukuran standard yang dikuatkuasakan mereka.

Lebih buruk lagi, seorang individu mengaku melihat seorang anggota JPJ terlibat dalam kemalangan jalan raya tetapi tidak membantu sebaliknya meludah dan membiarkannya mengerang kesakitan.

Namun begitu, reaksi negatif berkenaan turut mendapat simpati orang ramai yang menyokong pelaksanaan operasi tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad memberitahu pihaknya akan melaksanakan operasi khas bagi membanteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi bermula 1 November lalu. – Rakyat Post

6 thoughts on “Ops Khas: JPJ Terima Kecaman Hebat

  • November 5, 2014 at 7:31 pm
    Permalink

    KENAPA AMBIL STORY DARI THE RAKYAT POST???
    SEKURANG-KURANGNYA, BAGI LA KREDIT. MACAM INI PUNYA ETIKA PUN ADA KE…

    Reply
  • November 5, 2014 at 8:52 pm
    Permalink

    PAS mana ada teloq

    Reply
  • November 6, 2014 at 1:32 pm
    Permalink

    Setuju, biar JPJ buat sendiri macam lesen memandu, setel problem

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.