Mariah Carey Belanja 300 Ribu Untuk Bertemu Peminat

Kuala Lumpur – Mariah Carey memperuntukkan hampir RM300,000 setiap kali tampil dalam sesebuah majlis atau sesi bergambar.

Hal tersebut diberitahu oleh seorang jurugambar yang menuntut ganti rugi kerana Mariah membuat pembatalan mengejut bagi sesi fotografi yang dirancang untuk single terbaharunya itu.

Dalam dokumen yang dilampirkan oleh TMZ, jurugambar itu menyenaraikan secara terperinci butiran yang disediakan kepada penyanyi itu untuk sesi fotografi tersebut.

Mariah dikatakan meminta seorang perunding gaya, perunding rambut, pembuat kuku dan jurusolek.

Bagaimanapun, pihak pengurusan penyanyi itu menafikan mengenai pembatalan sesi fotografi berkenaan dan memberitahu tiada sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak jurugambar tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.