London – Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata pihaknya “mesti menang” ketika mereka menentang CSKA Moscow dalam Liga Juara-Juara, Rabu.

Pellegrini masih percaya bahawa dengan “mentaliti menang dan minda yang bercita-cita tinggi” City boleh memenangi perlawanan tersebut, walaupun setelah mengambil hanya dua mata daripada tiga perlawanan.

Pellegrini berkata pemain tengah, Yaya Toure tidak kelihatan terjejas ekoran laporan bahawa beliau telah terlibat dalam rasis di Twitter selepas kemenangan City 1-0 ke atas pesaing Manchester United.