Hanez Sudah Putus Cinta Dengan Suami Orang

Petaling Jaya – Tiada lagi cinta seterusnya mengharapkan hubungan yang pernah mekar ke jinjang pelamin.

Barangkali hasrat dan doa sesetengah pihak yang mahu melihat hubungan Hanez Suraya dengan Romie Razin Adilha bernoktah seakan dimakbulkan.

Hubungan mereka menurut pelakon putih gebu itu hanya bertahan hampir 10 bulan. Industri hiburan pernah kecoh apabila Hanez menjalin cinta dengan Romie di saat lelaki itu sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.

Natijahnya ketika itu Hanez terus dikecam dan dihentam sekali gus dianggap sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang.

Hanez berkata, dia enggan menoleh ke belakang lagi dan apa yang terjadi menjadi iktibar buat empunya diri. Keputusan untuk berpisah ini sudah lama dilakukan. Cuma hanya ketika saat ini baru dia sendiri bersedia untuk berkongsinya. Mereka berpisah secara baik.

Seboleh-bolehnya Hanez memohon jasa baik semua yang di luar sana termasuk rakan media supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan lelaki yang pernah hadir mencuri kamar hatinya itu

Mengenai kerjaya lakonan, biar pernah bertebaran kononnya diboikot pihak tertentu, Hanez pasrah dengan apa yang terjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.