Ejen Insuran Di Jel, Potong Jari Sendiri Buat Tuntutan

Hamburg – Seorang ejen insurans yang memotong ibu jari dan jari telunjuknya untuk menuntut pampasan sebanyak £1.2 juta (RM6.37 juta) semalam didapati bersalah atas tuduhan menipu.

Mahkamah di Nordersted, Hamburg menjatuhkan hukuman 22 tahun penjara tertunda ke atas Ralf-Werner Dehmer, 50, selepas mendengar keterangan pakar bahawa apa yang berlaku padanya bukan kemalangan.

Hakim diberitahu bahawa Dehmer membeli tiga polisi insurans berasingan – setiap satu dengan klausa khas meliputi kecederaan tangan dan jari – sejurus sebelum ‘kemalangan’ itu pada Februari 2010.

Dia dikejarkan ke hospital tanpa ibu jari dan jari telunjuk tangan kirinya.

Dalam laporannya Dehmer berkata, dia terjatuh dan jarinya terkena gergaji bulat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.