Diana Buat Perangai Lagi, Hilang Diri Dari Wartawan

Petaling Jaya – Di sebalik isu filem epik, ‘Hanyut’ arahan U-Wei Shaari yang terlebih dulu ditayangkan di Indonesia, lain pula cerita salah seorang pelakonnya Diana Danielle sekembali ke tanah air dan berkesempatan bertemu media dalam satu acara hiburan semalam.

Apa yang menjadi tanda tanya, sekumpulan wartawan hiburan menanti untuk menemubual pelakon itu gagal selepas Diana menghilangkan diri dengan alasan mengantuk.
Pada acara pelantikkannya sebagai duta satu produk itu, Diana pada mula bersemangat bercerita mengenai kelebihan produk berkenaan dan memaklumkan dia baru pulang dari Jakarta sehingga terus bergegas ke acara itu.
Namun, sebaik sidang media berakhir, Diana bertindak meninggalkan majlis dengan segera walaupun sekumpulan wartawan hiburan sudah memaklumkan kepada pegawai perhubungan awam (PRO) untuk menemubualnya.
Diana sebelum itu sempat ditemubual beberapa wartawan media elektronik tetapi kemudian terus menghilangkan diri.
Salah seorang teman media berkata, dia dimaklumkan PRO mengatakan Diana bergegas balik kerana terlalu mengantuk akibat tidak cukup tidur selepas baru pulang dari luar negara.
Untuk mendapatkan kepastian, seorang lagi teman media cuba menghubungi pengurus Diana yang juga dipercayai meninggalkan majlis tersebut lebih awal. Malangnya kata  pengurus itu, dia cuba menghubungi Diana tetapi isteri Farid Kamil itu tidak menjawab panggilan.
Wartawan Malaysian Digest bersama rakan media lain yang tidak berkesempatan menemubual Diana tertanya mengapa pelakon itu bersikap sedemikian. Mungkin Diana mempunyai penjelasan lebih baik apabila bertemu media dalam acara hiburan lain selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.