Demi Selamatkan Lelaki Gemuk, Bomba Terpaksa Pakai Topeng Gas

Jerman – Sekumpulan anggota bomba terpaksa memakai topeng gas ketika menyelamatkan seorang lelaki gemuk seberat 158 kilogram yang tidak mandi selama lima tahun dan mengalami masalah pernafasan di pangsapurinya.
Pada mulanya jiran-jiran di kawasan berkenaan menyangka pangsapuri mereka mengalami kebocoran gas selepas melihat anggota bomba memasuki rumah lelaki tersebut.
Namun mereka akhirnya mengetahui bahawa anggota bomba tersebut terpaksa memakai topeng gas itu kerana tidak tahan dengan bau busuk dari dalam rumah lelaki terbabit.
Lelaki itu boleh bangun akibat gemuk dan selama lima tahun dia tidak mandi serta membersihkan badan.
Dia hanya mendapatkan makanan dengan memesan melalui tempahan dan dihantar ke rumahnya.Ketika ditemui dia terlantar dalam longgokan sampah sarap.
“Rumahnya dipenuhi dengan sampah sarap sehingga ke paras lutut. Sampah daripada kotak pizza yang reput serta makanan dan tin lama…serta kutu yang memenuhi kawasan berkenaan.
“Baunya tidak dapat dijelaskan sama sekali,’’ kata salah seorang ahli bomba terbabit.
Lelaki gemuk itu juga terpaksa diangkat dengan menggunakan kren.
Akibat bau yang busuk itu, ahli bomba terbabit terpaksa membersihkan peralatan yang mereka gunakan dengan menggunakan air dari pili bomba di kawasan sekeliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.