Cederakan Anggota Badan Haram Dalam Islam

Shah Alam –  Dalam Islam hukum mencederakan anggota badan dengan sengaja adalah haram namun berbeza dengan fahaman Islam Syiah di Mumbai India.
Sebuah portal barat melaporkan negara tersebut mengamalkan upacara mengelar badan yang kononnya salah satu upacara wajib Islam bagi mengingati peristiwa kematian cucu Rasulullah S.A.W.
Upacara ini melibatkan kanak-kanak kecil yang dikehendaki mengelar kepala hingga luka menggunakan pisau tajam.
Amalan ini sebenarnya difahamkan adalah tradisi bagi penduduk Islam Syiah pada hari Asyura yang mendakwa, luka tersebut bagi menghapuskan dosa-dosa mereka.
Lebih mengerikan, beribu-ribu puak Syiah termasuk kanak-kanak dipaksa oleh ibu bapa mereka melakukan upacara mengelar badan mengunakan alatan tajam seperti rantai pisau.
Upacara yang didakwa ritual keagamaan ini diadakan semasa perarakan bagi menyambut hari Asyura di sana.
Difahamkan juga, upacara ini turut boleh dilihat di beberapa negara lain yang mengamalkan fahaman Syiah seperti di India, Iraq, Lubnan dan Afghanistan.
Lebih menyedihkan, ada agama lain yang tidak mengetahui ajaran Islam sebenar mengutuk perbuatan yang didakwa oleh mereka sebagai gila dan tidak wajar hingga sanggup melukakan kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.