Bomba Pindahkan Pesakit Seberat 290 Kg Dari Tingkat Sembilan Hospital Selayang

Rawang – Sepasukan enam anggota bomba bertungkus lumus membantu memindahkan seorang pesakit lelaki seberat 290 kilogram dari tingkat sembilan wad Hospital Selayang, di sini.

Dalam operasi jam 6.03 petang semalam, pihak hospital mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat berikutan menghadapi masalah bagi memindahkan pesakit mengalami obesiti itu.

Difahamkan pesakit berusia 40-an itu yang mengalami penyakit bengkak kaki cuba dipindahkan dari Hospital Selayang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan susulan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi khas itu diketuai Komander Operasi Mohd Mazwi Mohamed Noor bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.

Menurutnya, lelaki yang mengalami masalah kesihatan dibantu anggota bomba untuk turun dari tingkat atas wad hospital menggunakan katil.

Menurutnya, proses memindahkan pesakit itu berjalan lancar dan selesai tidak sampai 30 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.