‘Assalamualaikum Semua.. Saya Dah Lahir’ – Zahid

Kuala Lumpur – Penyanyi juga penyampai radio Era FM, Zahid, 34, kini bergelar bapa apabila isterinya, Sarah Julifa Yusof, 26, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, di Hospital Tunku Azizah, Sri Rampai, Kuala Lumpur, petang tadi.

Berita gembira berkenaan diumumkan bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim kedua itu menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen:

“Assalamualaikum semua, saya dah lahir… Berat saya 3.5kg je. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik2 alhamdulillah baby sihat macam bapak dia. Thank you to Dr Kay and her entourage from Tunku Azizah,” katanya.

Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu ‘Milikku’ ini tidak memberitahu jantina anaknya itu.

Zahid dan Sarah diijabkabul pada 7 Jun 2013 dalam sebuah majlis yang diadakan di Teluk Intan, Perak.

Wartawan Malaysian Digest cuba menghubungi Zahid tetapi tiada jawapan.

Apapun, tahniah pada Zahid dan isteri. Pasti berita gembira ini dikongsi bersama peminatnya yang juga tidak sabar ingin tahu nama bayi sulung pasangan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.