Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

Oleh:  Zulkifli Mat Rawi

Seorang Profesor dan penganalisis politik terkenal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berhadapan tuduhan plagiat yang serius dalam menyiapkan tesis kedoktoran beliau di sebuah universti di luar negara.

Seorang pensyarah universiti yang sama telah membuat laporan polis pada 1 November lalu di balai polis Bachok.

Menurut sumber, pensyarah terbabit mendapati keseluruhan bab pertama tesis tersebut diciplak dari kandungan sebuah buku tulisan orang lain. Hanya istilah-istilah tertentu sahaja di Malaysiakan bagi menyesuaikan dengan tajuk tesis terbabit.

Beliau juga mendakwa terdapat bahan-bahan rujukan untuk tesis tersebut juga datang dari sumber yang tidak sah dan penerbit yang tidak wujud. Pensyarah itu juga khuatir profesor terbabit telah menipu universiti luar negara kerana menggunakan rujukan-rujukan dari Malaysia yang sebenarnya tidak wujud.

Selain itu, pensyarah tersebut juga menulis 155 pertuduhan membabitkan “kecurangan akademik dan pentadbiran” ke atas profesor terbabit termasuk mendakwa beliau mengaku pernah menjadi juri di Cannes film festival .

Suara.tv dimaklumkan profesor terbabit merupakan seorang yang aktif memberi analisis politik dan sering keluar di saluran Astro Awani dan RTM suatu ketika dulu. Beliau juga beberapa kali kelihatan menjadi moderator dalam program-program Majlis Profesor Negara.

Sumber juga memaklumkan sehingga hari ini pihak UMK dikatakan masih belum mengambil apa-apa tindakan ke atas Profesor ini.

13 thoughts on “Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

  • November 6, 2014 at 3:06 am
    Permalink

    dia plagiat untuk dapat PhD?? harap siasat dan bongkar hingga dia dipenjara

    Reply
  • November 6, 2014 at 12:38 pm
    Permalink

    Kalau isu macam ni, sampai kena penjara ke prof? Mungkin tak dapat la PhD dia tu, penjara tu tak pernah dengar lagi..hehe..cuma saya pernah baca satu jurnal ditulis oleh pensyarah dari UMK, hampir keseluruhan jurnal tu sumbernya dicedok dari wikipedia.

    Reply
  • November 6, 2014 at 4:01 pm
    Permalink

    kami student copy paste skit kne maki/redo asgment/ dpt fail. geng atasan
    rilek je. dpt title prof lagi. siasat btol-btol

    Reply
  • November 6, 2014 at 4:57 pm
    Permalink

    mana sempat nak buat tesis, setiap masa bersama retiss, shopping valentino, prada, gucci…..
    nasib dia lah….

    Reply
  • November 11, 2014 at 7:31 pm
    Permalink

    Editor Suara TV. Sila tarik balik thoughts di atas yang menggunakan nama saya. Saya tidak membuat kenyataan tersebut. Seseorang telah menggunakan nama dan emel saya. Terima kasih.

    Reply
  • November 12, 2014 at 9:52 am
    Permalink

    Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan, untuk maklumna pihak kami telahpun mengeluarkan komen tersebut.

    Reply
    • November 13, 2014 at 8:46 am
      Permalink

      Pihak editorial. Masih ada lagi komen (thoughts) no 2 di atas individu yang menyamar gunakan nama saya. Belum dikeluarkan lagi komen tersebut.

      Reply
      • November 16, 2014 at 11:27 pm
        Permalink

        a
        s
        d
        f
        a
        s
        sd
        d
        a
        a
        s
        d
        f
        a
        s
        s
        d
        f
        a
        s
        d

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.