Laporan perkembangan projek LCS akan dibahas di Parlimen – Speaker

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata beliau akan memastikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dibahas di Parlimen.

Beliau berkata, PAC memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.

Johari berkata, beliau mengadakan lawatan ke Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut, hari ini bersama Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi dan ahli lain jawatankuasa itu.

“Saya diberi taklimat perkembangan pembinaan Kapal Tempur Pesisir oleh Pengarah Pasukan Projek LCS TLDM, Franklin Jeyasekhar Joseph dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Azhar Jumaat,” menurutnya dalam hantaran di media sosial X (Twitter).

Pada 21 September lalu, Mas Ermieyati berkata, laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua-LCS antara empat laporan yang akan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat yang dijadual bersidang bermula 9 Okt ini.

Katanya, laporan itu bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat