Azmin Salah Kira Sasaran KDNK, Najib Jadi Cikgu Tolong Betulkan Pengiraan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu mencapai kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) purata 7.36 peratus setiap tahun sehingga tahun 2030 jika mahu mencapai nilai KDNK berjumlah RM3.4 trilion pada 2030.

Najib menjelaskan jika kadar pertumbuhan KDNK tahunan hanya 4.7 peratus sahaja seperti dinyatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bermakna nilai KDNK pada 2030 tidak menepati sasaran RM3.4 trilion seperti diumumkan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

“Saya nak tahu ilmu hisab sekolah mana Menteri PH ini guna untuk kira sasaran Kemakmuran Bersama 2030 mereka.

“Kalau nak capai sasaran KDNK RM3.4 trilion untuk tempoh 12 tahun dari 2018 hingga tahun 2030, kita perlu kadar pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7.36%. Bukan 4.7%!

“Jika hanya 4.7% setahun, KDNK negara hanya RM2.53 trilion pada tahun 2030. Tak sampai sasaran RM3.4 trilion.

“Saya tidak salahkan Menteri PH yang tidak boleh dicam oleh mana-mana kamera CCTV dalam dunia walaupun dia sepatutnya jaga ekonomi negara kerana kita tahu dia sibuk melancong.

“Tetapi kenapa kesilapan amat besar untuk dasar penting ini boleh berlaku,” soal Najib yang turut melampirkan bersama contoh pengiraan KDNK tersebut.

Justeru itu Najib berkata, apabila sasaran utama KDNK RM3.4 trilion pun sudah salah pengiraannya maka WKB 2030 itu diibaratkan sudah gagal sebelum ianya sempat bermula.

“Korang buat majlis besar-besar umum dasar 10 tahun, jemput semua wartawan-wartawan lalu buat kesilapan matematik macam ini ke?

“Bukan saya seorang je yang nampak kesilapan yang memalukan ini,” katanya lagi sambil menjelaskan Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Kamal Salih juga telah mengesan kesilapan pengiraan tersebut.

Memetik laporan Malaysia Insight, Kamal Salih berkata, Malaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi KDNK di antara 6% hingga 8% setiap tahun untuk merealisasikan WBK2030 dan bukannya 4 atau 5 peratus.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen laman Facebook Najib berkaitan isu tersebut, kebanyakan netizen turut mempersoalkan kesilapan Azmin yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

“Kasihan menteritu. Terlalu mudah untuk buktikan kesalahannya dalam pengiraan. Takkanlah bodoh sangat mengira. Takkanlah tiada Kakitangan kementerian nya yg tolong kira,” komen Murad Bin Jailani.

“Mereka cuma boleh 4% je jadi takut nak letak angka tinggi. Tapi tak sangka pulak mereka ada orang lain yang buat kiraan untuk periksa semula. Tapi biasa lah, kalau dah tak pandai, nak tipu pun tak berapa bijak,” kata Musthafah Mohdtahir.

“Adoii..apa ke teruk sangat Menteri Ekonomi yg menjadi pujaan majoriti rakyat Malaysia yg memilih PH…..tak buat semakan apa yg pegawai buat..atau memang Menteri ni tak tau pasal pengiraan, atau dia guna teori ekonomi Negara Pasir Bedengung,” soal netizen bernama Mohd Nasron.

“Awal pelancaran WKB2030 dah tunjukkan kegagalannya. Adooiilllaaa sapa yg buat kira2 KDNK tu ya? Amat memalukan,” ujar Azri diruangan komen yang sama..

Netizen yang lain pula menyifatkan teguran Najib itu ibarat seorang Cikgu yang prihatin mengesan kesilapan yang dilakukan murid sekolah.

“DSN (Najib) dh mcm cikgu semak kerja sekolah pelajar (menteri ph). Xmalu ke diorang dh diberi amanah utk tadbir negara lg bt main-main,” ulas Aisya Sofia di ruangan komen.

Mamba Beja turut berkongsi pandangan sama, “DSNR (Najib) dah macam cikgu sekarang, semak buku latihan kerja menteri PH. Tahniah Datuk, ternyata DSNR PM terhebat sepanjang zaman. Moga diberi kesihatan yg baik sentiasa,” katanya. – SuaraTV

Lain-lain berita;

Memalukan, Kerajaan PH Beri Maklumat Tidak Tepat Hutang Negara Kepada PM

Isu Hutang RM 1 Trilion Yang Disebut Mahathir, Lim Guan Eng Mengelirukan – Perwakilan Amanah

Hutang RM 1 Trillion: Guan Eng Putar Belit Untuk Tipu Rakyat, Tapi Kantoi Di Parlimen

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Pelik! Dah Lebih RM16 Bilion Aset Dijual, Hutang Tak Turun Tapi Makin Meningkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.