VIDEO: Saya Tak Peduli Digelar Anti Yahudi – Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau bercakap benar apabila mengkritik Yahudi bersikap bongkak dan menjadi punca kekacauan di rantau Asia Barat.

Katanya, beliau tidak peduli terhadap tindak balas dan reaksi masyarakat Yahudi kesan daripada kenyataannya itu ketika ditemubual dalam program Hardtalk syarikat penyiaran BBC ketika lawatannya ke United Kingdom (UK) baru-baru ini.

“Ini saya bercakap benar, saya tidak peduli saya digelar sebagai anti-Yahudi dan lain-lain.

“Saya hendak tanya mengapa kita tidak boleh mengkritik orang Yahudi sedangkan mereka boleh kritik orang lain tanpa orang lain boleh kritik. Ini yang saya tidak boleh terima.

“Adakah Yahudi terlalu istimewa sehingga kita tidak boleh kata apa-apa terhadap mereka? Terutama ketika mereka melakukan kesalahan seperti melancarkan roket dan bom terhadap kanak-kanak, sekolah dan hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Bukhary hari ini.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melabel Yahudi sebagai ‘hidung tinggi’ dan menjadi punca kekacauan di rantau Asia Barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.