VIDEO: Pengantin Baru Sedih & Ketawa Lihat Hasil Edit Video Kahwin

Setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan satu video yang menarik dan istimewa untuk dijadikan sebagai kenangan di masa tua buat tatapan anak-anak cucu.

Dalam pelbagai hasil edit video kahwin yang dipertontonkan oleh jurugambar yang ada, rata-ratanya memperlihatkan hasil yang sangat menarik dan menyentuh emosi penonton. Apatah lagi banyak duit telah dilabur oleh pasangan pengantin baru untuk mendapatkan video kahwin mengikut kehendak dan keinginan masing-masing.

Berbeza dengan pengantin baharu yang bernama Hadi dan Farah. Mereka berdua mendapat hasil video kahwin dari jurugambar yag ternyata unik tetapi, memberikan emosi sedih dan gelak kepada penonton.

Mana tidaknya, hasil edit video ‘unik’ itu mendapat komen yang pelbagai dari pasangan pengantin juga dari orang ramai. Ramai yang meluahkan rasa gelak dan dalam masa yang sama sedih dengan nasib yang diterima Hari dan Farah.

Ini kerana, hasil video itu memaparkan situasi animasi yang tak terjangkau dek akal mereka seperti dimasukkan gambar Mickey dan Minnie Mouse, gambar motor dia atas masjid, telefon bimbit yang berpusing atas kepala pengantin dan dimasukkan lagu-lagu berunsurkan Rock ketika upacara akad nikah dijalankan.

Bukan itu sahaja, tidak banyak gambar atau video pengantin yang diselitkan dalam video itu berbanding gambar pokok, kolam, meja, sisi belakang orang dan pelbagai lagi.

Pengantin perempuan, Farah sendiri tergamam dan tidak tahu memberikan reaksi sama ada mahu gelak atau menangis setelah menonton hasil video kahwinnya. Bahkan, dia sendiri meminta semua ‘raw material’ video yang ada dari jurugambar untuk membuat edit sendiri. Farah turut memberikan komen tidak puas hati hasil dari video itu.

Tetapi, respon dari pihak jurugambar berbeza dari sangkaannya. Jurugambar berkeras mengatakan hasil video itu adalah sangat unik dan lain dari video kahwin yang ada.

Penonton yang melihat video Hadi dan Farah ini jugak tidak tahu reaksi apa yang sepatutnya diberikan sama ada mahu puji atau kritik dengan bersungguh.

Nampak gayanya, jurugambar video itu telah memberikan idea yang ‘unik’ dan baharu kepada jurugambar perkahwinan lain yang ada di luar sana.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.