UMNO Akan Terus Laga Tun M dan Anwar – Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Wan Saiful Wan Jan mendakwa UMNO sengaja mencetuskan isu bahawa Tun M akan menghalang laluan Anwar menjadi penggantinya untuk memecahkan belahkan gabungan itu.

Walabagaimanapun tambahnya sehingga kini tiada bukti bahawa Tun M akan bertindak sedemikian.

“Tun sendiri banyak kali menyebut ada suara-suara di luar yang cuba mempersoalkan mewujudkan ruang di antara pemimpin ini dan usaha itu saya yakin tidak akan berjayalah.

“Pada waktu yang sama saya yakin bahawa usaha itu akan diteruskan, ini benda biasa cubaan wujudkan perpecahan tapi di peringkat atas berfungsi dengan efektif.

“UMNO sekiranya tidak ada isu yang nak ditimbulkan apa lagi dia nak cakap.

“Setakat ini tidak ada bukti menunjukkan bahawa ada usaha untuk ke arah itu,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut Wan Saiful berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersedia Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad digantikan dengan Anwar untuk menggalas jawatan Perdana Menteri.

“Tidak jadi masalah bagi kita memang kita jangkakan bahawa perjanjian itu akan dihormati.

“Kita (PPBM) daripada awal bersedia (pertukaran Perdana Menteri) daripada sebelum tubuh kerajaan kita sudah bersedia bahawa selepas Tun M, Datuk Seri Anwar akan jadi PM,” ujarnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.