Tamrin Gesa Polis Siasat TMJ

JANGAN MENCONTENG ARANG DI MUKA

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat – 05/10/18
( 1 – 34 )

1. Sudah beberapa kali kenyataan karut telah dibuat oleh makhluk yang berselindung di sebalik gelaran TMJ ini.

2. Sebenarnya ‘kehebatan’ beliau ini hanya semata – mata bergantung di bawah ketiak bapanya, Sultan dan pengawal – pengawal peribadi yang terdiri dari anggota Askar Timbalan Setia Johor atau Johor Military Force ( JMF ).

3. Kini pasukan tersebut diletakkan dibawah tanggungjawab beliau yang menggelarkan sendiri diri nya sebagai Mejar Jeneral.

4. Dari segi undang – undang, amalan dan protokol Angkatan Tentera, beliau sememangnya TIDAK LAYAK sama sekali menggunakan gelaran tersebut dan ini adalah satu kesalahan.

5. Bagi menjaga nama baik Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan sepatutnya mengarahkan beliau tidak lagi menggunakan gelaran tersebut.

6. Kementerian boleh mengutus surat berbentuk ‘nasihat’ . Jika beliau berdegil dengan tidak mengendahkan ‘nasihat’ tersebut , maka Kementerian harus mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

7. Kepada Sdr. Khairy Jamaluddin, bekas Menteri , saya ucap tahniah diatas sikap tanggungjawab dan prihatin beliau apabila secara sukarela memulangkan medal tentera yang pernah diterimanya.

8. Di zaman moden ini , apakah perlunya pasukan Askar Timbalan Setia Johor itu dikekalkan sedangkan Angkatan Tentera dan Pasukan Polis kita sudah memadai menjaga keselamatan negara, apatah lagi setakat mengawal dan menjaga keselamatan Istana?

9. Sudah sampai masanya pembersihan dan ‘reformasi’ dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dengan mengkaji semula peranan pasukan tersebut.

10. Kelakuan TMJ ini tak ubah seperti ‘menconteng arang di muka sendiri’ dan ibarat ‘sebab setitik nila rosak susu sebelanga’ ; ia sedikit sebanyak mencemarkan Institusi Raja Berpelembagaan itu sendiri.

11. Sepatutnya apabila seseorang anak itu melakukan kesalahan atau tak reti bahasa maka adalah menjadi tanggungjawab bapanya untuk mengajar dan membetulkan yang tak betul melainkan jika bapa itu pun sama – sama tak betul atau dalam bahasa Mat Rempit – 2 x 5 sahaja.

12. Hormatilah diri sendiri jika mahu orang lain menghormati kita; begitu juga Raja -Raja MESTILAH menghormati Perlembagaan dan Undang – Undang agar rakyat terus menghormati mereka.

13. Apakah mereka sudah lupa Sumpah dan Ikrar mereka semasa menggambil alih jawatan sama ada Agong mahu pun Sultan?

14. Apa yang rakyat lihat hari ini, sudah terlalu banyak tindakan mereka khasnya Sultan Johor dan anaknya yang melanggar Perlembagaan.

15. Menuduh Kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir kononnya menggunakan peralatan canggih buatan Israel mengintip ( spying) beliau dan bapanya adalah satu tindakan provokasi yang amat serius ; apa penting sangat ke mereka berdua ini sehingga Kerajaan terpaksa melakukan pengintipan, atau mereka sedang mencari pablisiti murah bagi menutup kelemahan sendiri?

16. Beliau perlu tampil dengan bukti kukuh terhadap dakwaan yang dibuat itu, bukan menyerang secara membabi buta sahaja.

17. Rakyat mula bertanya apakah ada dua bentuk Perlembagaan dan Undang – Undang yang wujud , satu untuk Sultan dan keluarga mereka dan yang satu lagi untuk rakyat?

18. Amat malang sekali jika sekiranya Polis tidak tahu atau tidak memahami Perlembagaan.

19. Sepatutnya Polis boleh menyiasat dan mendakwa beliau atas kesalahan yang serius ini walaupun bergelar Tengku Mahkota Johor.

20. Perlu diingatkan sekali lagi Tengku Mahkota , Raja Muda dan lain – lain ahli keluarga Sultan , mereka TIDAK punyai perlindungan kekebalan atau imunity; taraf mereka sama saja seperti rakyat biasa ; boleh diheret ke muka pengadilan bila – bila masa sahaja jika melanggar undang – undang.

21. Undang – undang tetap undang atau dalam bahasa Inggerisnya law is law.

22. Polis harus bertindak secara profesional , bukan pilih bulu atau hanya bertindak mengikut arahan.

23. Ketua Polis Negara TIDAK SEPATUTNYA berpeluk tubuh dalam perkara sedemikian.

24. Menyarankan Kerajaan Negeri Johor membayar gaji minima kepada pekerja juga satu tindakan yang boleh dilihat sebagai mencampuri Pentadbiran Negeri – jika gian sangat , serahkan saja gelaran Tengku Mahkota Johor itu dan bertandinglah dalam Pilihanraya.

25. Jika menang , Sultan lantik anaknya itu sebagai Menteri Besar Johor – itu kan lebih baik!!

26. Baru – baru ini secara sinis beliau cuba mempersenda orang tertentu dengan kekayaan kononnya hanya orang tersebut sahaja dengan wang ringgit yang banyak mampu membeli kelab bolasepak Real Madrid, sebuah kelab terkemuka dunia; mengapa tidak ada angin tiba – tiba beliau mengaitkan orang tersebut?

27. Ini adalah motif jahat; tindakan ini boleh dianggap sebagai biadab dan kurang ajar oleh seorang budak yang bergelar Tengku Mahkota.

28. Jika jaga Persatuan Bolasepak Negara atau FAM pun gagal, janganlah cuba menonjol diri seperti Mat Jenin.

29. Melalui peguamnya beliau menafikan kononnya kenyataan yang dimuat-naik dalam facebooknya bukanlah ditujukan kepada
seorang Menteri yang menyatakan Tun Dr. Mahathir ialah seorang ‘perfectionist’ ; tetapi umum bukanlah sebodoh itu.

30. Saya berpendapat mulai sekarang tak perlulah lagi sesiapa Menteri sibuk nak menyembah dan mencium tangan mereka.

31. SULTAN BUKAN TUHAN YANG PERLU DISEMBAH dan BUKAN TOK GURU ATAU IBU
IBU BAPA KITA YANG BAIK TANGAN MEREKA DICIUM.

32. Akhir nya Majlis Raja – Raja patut
menasihatkan Sultan Johor agar beliau menasihatkan anaknya, Tunku Ismail agar jangan terlalu celupar, hormat dan pelihara Perlembagaan dan Undang – Undang , hormat orang yang lebih dewasa dari kita dan hormatlah perasaan rakyat jelata.

33. Saya sedia menghadap beliau di mahkamah pada bila – bila masa jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang berhubung tulisan ini.

34. JADILAH PAYUNG YANG SEMPURNA SEBAGAI TEMPAT RAKYAT BERTEDUH.

Terima Kasih.

20 thoughts on “Tamrin Gesa Polis Siasat TMJ

  • October 6, 2018 at 9:20 am
    Permalink

    benar bagai di katakan..! seakan2 bolih cakap apa saja mcm undang2 sendiri punya?? minat bercakap masuklah politik?? perlu ada sekatan satu undang2 supaya yg tk berkenaan tk bolih cakap apa saja suka??? rakyat pun meluat!! jgn ingat diam tu suka atau setuju??setuju apa yg saudara tamrin kata dan wawarkan… ambil perhatian pd pihak yg berkenaan..jika tidak di sekat mcm2 lagi lah akan ada nanti!!! pihak tk berkenaan usah campur tumpang tui pentadbiran kerajaan tk layak sebenarnya nk ulas hal2 berkaitan ini!!! duk diam jer lah…!

    Reply
    • October 7, 2018 at 12:01 am
      Permalink

      Siape engkau..pemain import zambia klu tgk luaran…ada kah benar engko sumaren…..jng dcabar Raja Raja kami…mnjunjung titah taat setia..xkn mngalah walau selngkah…walau yg dtg rupa afrika…halau ini org…kurang ajar kpd sultan kami n juga raja melayu..

      Reply
  • October 6, 2018 at 9:22 am
    Permalink

    berani kerana benar!!! takut kerana salah!! yg benar tetap benar pun!!!!!

    Reply
  • October 6, 2018 at 9:48 am
    Permalink

    ape yang kau merepek tamrin?..pegi la kau jadi bodoh sorang sana..

    Reply
  • October 6, 2018 at 10:01 am
    Permalink

    Jikalau tak tahu apa2 lebih baik diam.. Jawatan jeneral tmj tu bukan jawatan “kehormat” (tanpa latihan). Ia selepas latihan. Biar bodoh muka hensem jangan hodoh dan bodoh mcm kau tamrin

    Reply
    • October 7, 2018 at 5:08 am
      Permalink

      Jamban ni ingat jeneral tu beli…bodoh tahap apa x tau…yg nyokong ckp si bodoh ni satu baghal…tak tau jgn dok sibuk…jaga kisah umah tangga ko sudah…x payah nak campur urusan org lain..dlm kain sendiri pon tak terurus,sibuk nak urus kain umah org…puihhhh

      Reply
  • October 6, 2018 at 12:30 pm
    Permalink

    Dh mmng jahanam negara aku ni….hahaha

    Reply
  • October 6, 2018 at 12:54 pm
    Permalink

    Kalau x faham dgn Negeri Johor xyh nk sibuk2 nk komen..Negeri Johor Negeri BerDaulat..Negeri Johor x pernah DiJajah oleh mana2 Negara PenJajah..JMF @ Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah Askar yg Tertua DiTanah Melayu..Negeri Johor Negeri yg Pertama ada Undang2 Tubuh Negeri yg menjadi model Undang2 Tubuh Negeri Lain dan Perlembagaan Negara..Jangan Cuba Bermain Api dgn Negeri Johor,Sultan Johor,Kerabat Negeri Johor dan Bangsa Johor kalau x tahu Sejarah Negeri Johor..

    Reply
    • October 8, 2018 at 11:01 am
      Permalink

      ROTFL
      Lagi malu, tak di jajah, tapi hilang Singapura kepada penjajah.

      Reply
  • October 6, 2018 at 3:08 pm
    Permalink

    komen berani dari seorang pemimpin politik dari pihak Pakatan Harapan(PH)…..dari sini dah menampakkan saudara tamrin mewakili PH untuk menyampaikan hasrat dan tujuannya…..dari gaya bahasa yg disampaikan,apakah mungkin maksudnya:-
    1.Mempersoal tindakan dan kuasa raja.
    2.Mewakili dan membawa suara raja bahwa rakyat yg. mmenyebelahi dan menyokong PH mahu kuasa raja dihadkan atau dikurangkan lagi.
    3.Langkah seterusnya ialah memansuhkan kuasa raja² melayu.
    Maaf kepada semua netizen,saya tidak bermaksud apa² atau menyebelahi mana² parti politik,
    cuma PH perlu menyatakan dasar dan hasrat sebenar mereka terhadap kedudukan raja² melayu….itu sahaja permintaan saya….semoga rakyat lebih. mmemahami dasar yg diperjuangkan PH

    Reply
  • Pingback:PANAZZ…!! Tamrin Gesa Polis Siasat TMJ, WOWW Beraninya Dia… – Janji Viral

  • October 7, 2018 at 12:30 am
    Permalink

    Woi bangang…gelaran dia tu dpt India la mangkuk! Semua waris sultan johor ada bsic tentera. Yg ko dengki sangat dgn askar timbalan tu apa kes? Bior la johor nak ada tenyera sendiri pun. Bukan mintak duit ko nak bayor gaji. Muka buruk takpe..jgn perangai buruk. Tp ko ni pakej la pulak! Puuuiii!!!

    Reply
    • October 8, 2018 at 3:26 am
      Permalink

      Hmmmm yg nii sebok suruh siasat laa ape laa..abes bnde yg haram2 semua tu buat rilek je…ape bangang ini manusia..settle bnde yg haram tu dulu baru bole dok sebok hal laen…tegur je..hmmmmm 🙁

      Reply
  • October 7, 2018 at 12:50 am
    Permalink

    Kami org melayu faham sejarah malaysia. Ko orang2 johor kononnya apasal tak boleh faham mcm mana malaysia terbentuk. Mcm mana malaysia merdeka. sembang tak pernah jajahh. Tak pernah jajah or bersekongkol dgn orang putih?? Puihhhh!!! Dasar pembelot bangsa.

    Reply
  • October 7, 2018 at 1:53 am
    Permalink

    Saudara tamrin..dgr sini apa saya nak kata kpd anda..saya tak peduli anda siapa sekali pun,apa kata anda sendiri pergi menghadap & berjumpa sendiri YAM TMJ jika benar anda ada rasa tak puas hati pd kerabat DiRaja johor.Andai saudara benar2 anak jantan,silalah berjumpa dgnnya..jgn hanya pandai sembang di laman sosial saja…sekian

    Reply
  • October 7, 2018 at 5:12 am
    Permalink

    Sokong²…andai anak jantan,jumpa depan²…x yah nak jd keyboard worrior sgt…tgk dpt hadiah apa nnti….sakit hati sgt ngan Johor apa hal???

    Reply
  • October 7, 2018 at 11:13 am
    Permalink

    Seluruh rakyat Johor sentiasa berdiri teguh dan menyukung dibelakang Duli Yang Maha Mulia Sultan JDT dan kaum kerabatnya orang luar Johor apa sibuk2 tambah pula rakyat seperti tamrin tak ada raja tak ada sultan melaka tu.

    Reply
  • October 7, 2018 at 11:16 am
    Permalink

    Hmmmm, make sense. A country without a king is like a house without owner.

    Reply
  • October 8, 2018 at 12:46 am
    Permalink

    Apalah yang kau org banga sangat dgn kesultanan Johor ni, perangai bukanlah elok sangat, menggunakan kedudukan utk kepentingan perniagaan… tak heranlah banyak duit.

    Dia berniaga pun bersama org cina tak mahu dengan bumiputera, ialah Melayu mana pandai berniaga… Berniaga dgn cina tentulah jual benda haram seperti arak dan sebagainya

    Takda faedah pun dia ni utk Melayu yang kaya cina juga.

    Reply
  • October 9, 2018 at 10:19 am
    Permalink

    Car penulisan ni bukan dari tamarin, tapi tulisan oleh dap. 1 jarum lagi nak masuk. Step seterusnya dlm meneruskan konspirasi penaklukan k atas Malaysia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.