“Saya Hanya Curi Hati Najib”, Pick-up Line Rosmah Buat Netizen Terhibur

SHAH ALAM – Umum mengetahui isteri mantan Perdana Menteri,  Datin Seri Rosmah Manaor dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas 12 pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rosmah bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 17 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan minta dibicarakan.

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah posting yang dimuat naik di sebuah laman Twitter yang mendakwa ‘Rosmah mengaku tidak bersalah dan satu-satunya benda yang beliau curi hanyalah hati Najib’.

Ramai netizen terhibur dengan posting berkenaan secara berseloroh berkata, mereka tidak menyangka Rosmah pandai membuat ‘pick-up line’ yang sungguh ‘sweet’.

Namun tidak kurang juga ada segelintir netizen kurang menyenangi ‘tweet’ berkenaan dan mendakwa Rosmah sememangnya turut terlibat dengan isu yang membelenggu Najib.

Walau bagaimanapun ‘tweet’ tersebut menjadi viral sehingga ia turut diulang kicau (retweeted) kerana ‘kemanisan’ pick-up line tersebut. -SuaraTv 

One thought on ““Saya Hanya Curi Hati Najib”, Pick-up Line Rosmah Buat Netizen Terhibur

  • October 6, 2018 at 9:26 am
    Permalink

    ye ke? sungguh tk curi lain2?? jumpa dlm rumah tu sapa punya?? kumpul sikit2 dari kecil dulu ke? tk banyak pun adalah ribu juta?? usah takbur bongkak nk cabar undang2 dn hukum allah swt…tk bolih elak punya????? kebenaran akan menjelma jua nanti …! insyallah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.