Rizab Antarabangsa Bank Negara Merosot AS$6.4 Bilion Dalam Tempoh Empat Bulan

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 28 September 2018 berada pada paras AS$103 bilion, merosot AS$1.3 bilion berbanding AS$104.3 bilion yang direkodkan pada 30 Ogos lalu.

Pada 15 Mei 2018 rizab antarabangsa BNM direkodkan berjumlah AS$109.4 bilion bermakna dalam tempoh empat bulan sehingga 28 September lalu rizab bank pusat itu telah merosot sebanyak AS$6.4 bilion atau kira-kira RM26.5 bilion (berdasarkan kadar tukaran hari ini RM4.149 bersamaan satu dolar AS).

Memetik kenyataan BNM hari ini, kedudukan rizab yang berjumlah AS$103 bilion itu mencukupi bagi menampung 7.4 bulan import dan 0.9 kali hutang luar jangka pendek Malaysia.

“Paras rizab itu telah mengambil kira penyesuaian perubahan nilai tukaran wang asing selepas pengukuhan dolar Amerika berbanding rizab aset pelbagai matawang yang dipegang oleh Bank Negara bagi tempoh suku tahun.

“Hutang luaran jangka pendek kebanyakannya dimiliki oleh institusi perbankan yang merangkumi 69.3 peratus yang turut menunjukkan centralisasi pengurusan kecairan bank-bank tempatan yang beroperasi di rantau ini serta kewujudan bank-bank asing yang banyak di Malaysia.

“Institusi perbankan ini memegang aset luaran yang agak besar iaitu RM293 bilion dan boleh dikeluarkan bagi memenuhi tanggung jawab luaran mereka tanpa perlu menggunakan rizab antarabangsa Bank Negara,” kata BNM. – SuaraTV

Info

30 Apr 2018 – AS$109.5 Bilion
15 Mei 2018 – AS$109.4 Bilion
31 Mei 2018 – AS$108.5 Bilion
29 Jun 2018 – AS$104.7 Bilion
31 Jul 2018 – AS$104.5 Bilion
30 Ogos 2018 – AS$104.4 Bilion
28 Sept 2018 – AS$103.0 Bilion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.