Netizen Kecam Wanita Biarkan Anak Buang Air Besar Di Laluan Tempat Duduk Penumpang

SEORANG ibu dikecam selepas membiarkan anaknya membuang air besar menggunakan ‘potty’ (kerusi khas untuk kanak-kanak seperti mangkuk tandas) di tengah-tengah laluan antara tempat duduk penumpang di dalam pesawat.

Bagaimanapun laporan tidak menyebut bila dan lokasi kejadian serta pesawat terbabit.

Tindakannya itu dirakamkan sedang duduk, sedang membantu anaknya menggunakan ‘tandas’ secara terbuka, dengan jarak begitu dekat dengan para penumpang lain.

Menyedari perkara tersebut, kru kabin kemudian meminta penumpang berkenaan untuk membawa anak kecilnya ke tandas.

Dia bagaimanapun didakwa tidak mempedulikannya, sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat.

Gambar ibu dan anak itu mengejutkan netizen selepas ia dikongsikan di laman sosial Instagram pada Rabu, dengan ramai menyifatkan ia sebagai perbuatan yang menjijikkan.

Seorang netizen membandingkan insiden tersebut umpama membawa anak kecil ke bilik mandi di tengah-tengah restoran, manakala ada yang berpendapat ia sebagai satu tindakan yang tidak bersih.

Malah ada yang mempersoalkan bagaimana ibu berkenaan dapat membawa masuk kemudahan ‘tandas’ untuk kanak-kanak itu ke dalam pesawat.

Tambah netizen itu, dia mungkin berdepan dengan kesukaran untuk memuatkannya di dalam bagasi tangan.

“Bagaimanapun dia menyimpannya?” – Mirror Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.