Netizen Kecam Nazim Othman Cuba Tumpang Populariti Filem Paskal The Movie

SHAH ALAM – Gara-gara mendedahkan dirinya pernah menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Paskal The Movie, pelakon Nazim Othman teruk dikecam oleh netizen.

Nazim baru-baru ini menerusi perkongsian di Instagram mendedahkan bahawa tawaran tersebut ditolak berikutan dia masih terikat dengan penggambaran drama 80 episod Monalisa ketika itu.

“Saya juga ditawarkan untuk berlakon filem Paskal tapi tidak dapat buat sebab ada pengambaran drama Monalisa.

“Penerbit ada minta sama ada saya boleh bahagikan jadual tapi memandangkan komitmen yang mereka minta terlalu banyak dan saya pula sedang dalam penggambaran drama Monalisa, tidak dapatlah saya terlibat.

“Tidak apalah saya masih sokong filem yang gempak itu,” ujarnya di Instagram.

Berikutan pendedahan itu, rata-rata netizen menyifatkan Nazim seolah-olah cuba untuk menumpang populariti filem tersebut yang kini sudah mengutip sebanyak RM10.2 juta dalam tempoh tujuh hari tayangannya.

Malah tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa Nazim tidak layak untuk berlakon dalam filem penuh aksi seperti Paskal The Movie.

 

Paskal The Movie diarahkan oleh Adrian Teh, dan dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw, filem yang diinspirasikan daripada kisah benar ini  mengisahkan kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.