Najib Tak Boleh Kemuka Saman Fitnah Ke Atas Tertuduh Kes Bunuh Kevin Morais – Peguam

PETALING JAYA – Seorang peguam berkata Datuk Seri Najib Razak mungkin terpaksa mengharapkan kenyataan media untuk meyakinkan orang ramai dia tidak menawarkan wang kepada tertuduh untuk mengaku bersalah dalam pembunuhan timbalan perdakwaraya Kevin Morais.

Salim Bashir berkata itu satu-satunya pilihan yang ada kerana semua remedi undang-undang lain tertutup buat bekas perdana menteri itu.

“Dia boleh buat kenyataan melalui media tradisional dan sosial untuk menafikan tuduhan itu, tetapi terserah kepada orang awam untuk percaya atau tidak,” katanya kepada FMT.

Dia mengulas dakwaan Najib bahawa tertuduh, S Ravi Chandran, melakukan sumpah bohong apabila mendakwa dia ditawarkan RM3.5 juta melalui seorang pegawai penjara yang tidak dinamakan. Bekas perdana menteri juga menyeru polis menyiasat dakwaan Ravi itu.

Salim berkata Najib tidak boleh membuat samah fitnah terhadap Ravi kerana kenyataan itu dibuat semasa perb