Lokman Adam: “Bila Undang-undang Rimba Dikuatkuasa…”

SHAH ALAM – Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam mempertikaikan pemilihan Datuk Hadhariah Syed Ismail sebagai hakim bagi mendengar permohonan semakan semula keputusan mahkamah yang melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon, awal bulan lalu.

Menerusi satu kenyataan, Lokman berkata, adalah sesuatu yang sangat tidak masuk akal apabila hakim yang pernah membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng dan Li Khoon, dipilih lagi sekali untuk mendengar permohonan semakan semula terhadap keputusan penghakimannya. 

Pada 3 September lalu, Hadhariah memutuskan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran. Li Koon turut dibebaskan daripada dakwaan bersubahat dengan Guan Eng. 

Sehubungan itu, seorang lelaki, Muhsin Abdul Latheef bertindak membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang agar mengkaji semula keputusan tersebut kerana mendakwa ia dilakukan secara ‘tergantung’ seolah-olah ia satu tindakan berkepentingan.

“Kes permohonan semakan semula yang difailkan oleh Saudara Muhsin berhubung keputusan Hakim Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon yang sepatutnya didengar depan Hakim Dato Wahab bin Mohamed, tiba-tiba kes ini dipindahkan untuk di dengar oleh Dato Hadhariah sendiri. 

“Adakah rakyat Malaysia ini terlalu bodoh sehinggakan mereka boleh berbuat sesuka hati, seolah-olahnya semua rakyat ini telah dibuta hati?,” soal Lokman.

Tambahnya, dengan pemilihan Hadhariah, adalah mustahil untuk kes berkenaan mendapat keadilan yang sewajarnya kerana hakim yang sama akan mengadilinya.

“Dalam keadaan sistem perundangan dan kehakiman negara yang semakin parah ini, kita tidak akan mendengar sebarang teguran dilakukan oleh mereka-mereka yang kononnya hendak melakukan perubahan kepada sistem pemerintahan negara. 

“Tiada langsung bantahan dari Bar Council yang hari ini boleh ditukar nama menjadi Lembaga Penasihat Undang-Undang DAP, tiada bantahan dari Anwar Ibrahim, tiada bantahan dari Nurul Izzah, apatah lagi Rafizi Ramli.  

“Apa nak buat #MalaysiaMemilih #LawOfThe Jungle #MalaysiaBoleh,” sindir Lokman. 

Sementara itu peguam yang mewakili Muhsin, Gunamalar Joorindanjn juga mempelawa Majlis Peguam untuk mencelah ketika prosiding dijalankan kelak demi menegakkan keadilan.

“Memandangkan permohonan ini melibatkan kepentingan awam dan integriti Jabatan Peguam Negara, maka saya akan mempelawa Majlis Peguam untuk mencelah dalam prosiding ini demi menegakkan keadian,” katanya. 

Mahkamah menetapkan 12 Oktober ini untuk mendengar permohonan yang difailkan Muhsin. -SuaraTv 

2 thoughts on “Lokman Adam: “Bila Undang-undang Rimba Dikuatkuasa…”

  • October 5, 2018 at 7:00 pm
    Permalink

    balaci dpt apa? duk diam jer lah meluat tengok..!!!! sampah..

    Reply
  • October 5, 2018 at 7:02 pm
    Permalink

    kalau korang berkuasa undang2 moden ke? bongok bahlul??? korup 2×5 5×2..sama arrrr!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.