Kit Siang ‘Kurang Senang’ PH Guna Akta Hasutan

SHAH ALAM – Veteran dan Penasihat DAP Lim Kit Siang kurang senang dengan kerajaan Pakatan Harapan yang menggunakan Akta Hasutan sehingga kini.

Katanya, setelah perubahan kerajaan berlaku selepas pilihan raya umum yang lalu, rakyat memerlukan Malaysia baharu yang tidak mengguna akta sehingga dilihat menindas.

“Saya tidak setuju dengan penggunaan akta yang menindas rakyat, Akta Hasutan 1946 kerana terdapat akta lain yang sewaktu dengannya yang boleh diguna pakai pihak berkuasa,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam sidang media selepas bertemu komuniti Cina di DS Kopitiam, DUN Lukut.

Kit Siang berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penahanan adik kepada Datuk Lokman Noor Adam di bawah Akta Hasutan oleh pihak berkuasa.

Penahanan Azman Noor Adam itu dilihat kerajaan PH masih menggunakan Akta hasutan untuk menahan warga tempatan walaupun pernah mendakwa akta itu bertentangan dengan semangat perubahan yang diinginkan rakyat.

Justeru beliau berpendirian,sebarang penggunaan undang-undang menindas perlu dikaji dan diteliti semula.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.