Kejam! Wanita Dirogol Di Tepi Sungai, Aksi Dirakam

BIHAR (INDIA) – Seorang wanita yang sedang mandi di Sungai Gangga dirogol dengan kejam oleh dua lelaki, dan lebih malang, aksi berkenaan turut dirakam pelaku sebelum memuat naik video keji itu di laman sosial.

Memetik Dailymail, dalam kejadian di Patna, Bihar di Timur Laut India itu, jelas kedengaran suara wanita berusia 45 tahun di dalam video berkenaan yang merayu kepada lelaki berkenaan agar tidak melakukan perbuatan terkutuk kerana mereka berada di ‘sungai suci’.

Menurut agama Hindu, Sungai Gangga adalah tempat suci mereka kerana dikatakan dewi Gangga turun ke bumi dan ‘sungai suci’ sering disebut sebagai ‘ibu’.

Mangsa dikatakan telah mandi di sungai bagi upacara membersihkan diri namun diserang oleh mereka.

Dalam video itu kelihatan salah seorang lelaki mengheretnya keluar dari air sebelum merogolnya di tepi sungai.

Selepas dilepaskan oleh penyerang, wanita itu terus bertindak membuat laporan polis.

Media tempatan mendakwa ketika wanita itu melaporkan dirinya dirogol, polis enggan mengambil tindakan, namun kemudian bertindak apabila video itu tular di media sosial.

Pelaku kejam itu dilaporkan telah ditangkap dan kes masih dalam siasatan polis. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.