Intan Najuwa: “Saya Akan Beri Kerjasama Kepada Polis”

SHAH ALAM – Pelakon, Intan Najuwa Abdul Wahid berkata beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis selepas namanya dikehendaki untuk menjadi saksi perbicaraan kes dadah.

Pelakon yang terkenal dengan drama ‘Kekasih Paksa Rela’ itu berkata, dia sebenarnya sudah menerima notis daripada polis untuk hadir ke mahkamah.

“Saya sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah dan saya akan beri kerjasama sepenuhnya seperti diminta,” jelas Intan Najuwa seperti dipetik mStar Online.

Terdahulu media melaporkan pelakon wanita itu dicari bagi menjadi saksi perbicaraan membabitkan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam satu kenyataan berkata turut dikesan bagi menjadi saksi kes yang sama ialah Anwaruddin Mohd Izzuddin,21, dan Mohd Nizam Ali, 37.

Kesemua mereka diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 hingga 10 Okt ini.

Dalam pada itu jelas Intan Najuwa, beliau hanya dikehendaki sebagai saksi namun tidak terbabit dalam sebarang kegiatan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya lagi, kes yang dirujuk polis berlaku kira-kira tiga tahun lalu dan perbicaraan belum berakhir.

“Kalau betul saya ada terlibat dengan salah guna barang terlarang itu, saya mungkin tiada dalam industri sekarang,” katanya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.