Calon BN DUN Telok Mas Kecewa Petisyen Cabar Keputusan PRU Ditolak

SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Telok Mas, Abdul Razak Abdul Rahman kecewa apabila petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di kerusi tersebut ditolak oleh mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan beliau dalam satu posting di laman Facebook sebentar tadi.

Untuk rekod, pada 23 Jun lepas, UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan PRU14 di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu iaitu Telok Mas dan Rembia.

Petisyen itu difailkan kerana mendakwa calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Telok Mas tidak meletak jawatan sebagai pensyarah pada hari penamaan calon dan ia bertentangan dengan dengan peraturan pilihan raya.

Pada PRU14, calon PPBM yang mewakili PH, Noor Effandi Ahmad menang kerusi DUN Telok Mas dengan majoriti 1,288 undi apabila memperoleh 7,694 undi.

Effandi menewaskan Abdul Razak yang memperoleh 6,406 undi dan calon PAS Rosazli Md Yasin yang memperoleh 3,164 undi. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.