Baru Beberapa Jam Azeez Rahim Bebas, Anak Pula Kena Cekup SPRM

SHAH ALAM – Kurang dua jam Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Rahim dilepaskan daripada reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), giliran anak sulungnya pula dicekup agensi itu.

Laporan Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan, anak lelaki Azeez ditahan pada jam 12 tengah hari selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM hari ini.

Sumber itu juga berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit, yang mana dia dipercayai menjadi proksi kepada ayahnya yang juga angota Majlis Tertinggi UMNO. 

Menurutnya, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.

Siasatan SPRM dikatakan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. 

Sebelum ini Azeez, abangnya Abdul Latif dan sepupu mereka Nazri Osman ditahan pada 25 September lalu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

Ketiga-tiga mereka direman selama empat hari bermula 26 September. 

Nazri dibebaskan pada 29 September lalu tetapi reman Azeez dan abangnya disambung selama enam hari lagi, sebelum dibebaskan hari ini. -SuaraTv

3 thoughts on “Baru Beberapa Jam Azeez Rahim Bebas, Anak Pula Kena Cekup SPRM

  • October 5, 2018 at 6:50 pm
    Permalink

    tu la kerja jahat parti korup dulu? akan ada ramai lagi kroni2 tk senang duduk panas gelisah bila pula nama naik dipanggil sprm!!! ??? masih ramai
    nama dlm poket sprm!! insyallah ramai lagi akan menyusul didakwa salah laku?? tunggu jer ada tu nanti… langit tu tinggi.

    Reply
  • October 5, 2018 at 6:54 pm
    Permalink

    dulu bongkak takbur lupa rumput kau pijak sbb sombong bodoh kuat??? duit jawatan tk sedar diri mcm nk tongkat langit?? korup dan kuasa apa jadi skrg ni?? bungkus rudum junam dah rosak!! korup paling kuat?????? ambil lah apa yg kau buat dulu???

    Reply
  • October 5, 2018 at 6:56 pm
    Permalink

    syabas tahniah sprm jalan tugas dgn jujur amanah wibawa tanpa pilih bulu??? ramai lagi sedang menanti kan???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.