Azeez Rahim & Abang Bebas Selepas Reman 10 Hari

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dan abangnya, Datuk Abdul Latif dibebaskan selepas 10 hari direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Ahmad Afiq Hasan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan dua penjamin setiap seorang.

Peguam bela Abdul Azeez yang bekas Pengerusi TH memberitahu pihak media, jumlah jaminan adalah sebanyak RM1 juta.

Sementara itu, menurut sumber SPRM, siasatan ke atas Abdul Azeez belum lagi lengkap dan beliau boleh dipanggil pada bila-bila mengikut keperluan.

Beliau, abang dan sepupu, Nazri Osman mula ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan bermula 26 September lalu.

Namun sepupunya itu dibebaskan pada 29 September lalu tetapi reman Abdul Azeez dan abangnya disambung selama enam hari lagi.

Difahamkan, perintah penahanan reman itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). – SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.