Wartawan Di Jepun Ini Meninggal Gara-Gara Kerja Berlebihan

Kerja berlebihan pun boleh membawa maut. Ini yang berlaku kepada wartawan NHK dari Jepun, Miwa Sado.

Dia berusia 31 tahun ketika meninggal dunia pada Julai 2013.  Namun hanya semalam Pejabat Pemeriksaan Tenaga Kerja Jepun telah mengumumkan  bahawa kematiannya adalah kerana kerja berlebihan (Karoshi) selama 159 jam sebulan.

Image result for Karoshi

“Walaupun kejadian tersebut telah empat tahun berlalu, kami sukar untuk menerima kenyataan kematian anak perempuan kami kerana dipaksa kerja berlebihan. Hal ini membuatkan kami berasa sangat kecewa dan sedih . Kami harap hal sebegini tidak akan berulang lagi di masa hadapan kepada siapa pun,” demikian menurut kenyataan daripada keluarga Sado.

Susulan itu, pihak pengurusan NHK telah meminta maaf diatas kejadian tersebut.

“Kami telah mengumumkan bahawa Sado telah meninggal dunia dan telah diberi pensijilan kemalangan kerja atas kematian akibat kerja yang melampau.

“Kejadian ini memerlukan kami mengubah kaedah kerja dengan menyemak semula sistem kerja wartawan dan kakitangan kami akan meningkatkan penilaian tentang kesihatan agar tidak akan berulang di masa depan’ ” kata NHK dalam satu kenyataan.

Sado lulusan Universiti Hitotsubashi Tokyo pada bulan Mac 2005, telah menjadi wartawan di NHK. Setelah bekerja 5 tahun di NHK Kagoshima, dia kembali ke Tokyo pada bulan Julai 2010.

Di Tokyo, beliau menjadi ahli kelab wartawan Kerajaan Tokyo. Sebelum kematiannya, beliau terlibat dalam liputan aktiviti penggubal undang-undang Tokyo serta pilihan raya di Tokyo.

Empat hari selepas pilihan raya umum untuk majlis tertinggi diadakan, dia pulang ke rumahnya dan berasa sangat letih.

Sado terkena serangan jantung dan meninggal dunia di rumahnya pada tarikh 25 Julai 2013.

Satu kajian oleh kementerian buruh Jepun menunjukkan  Sado telah terdedah kepada Karoshi, mati akibat kerja keras dan terlalu letih sehingga menyebabkan kematian.

Pada masa lalu beberapa pekerja yang meninggal dunia akibat  Karoshi mendapat pampasan dari tempat kerja mereka sekitar 100 juta yen atau RM375,141,900.

Sehingga kini tidak diketahui kesinambungan perkara ini, sama ada keluarga Sado menerima pampasan dari NHK atau tidak kerana kelalaian NHK yang terbukti sehingga terjadinya Karoshi pada Sado yang akhirnya menyebabkan dia meninggal dunia. – Suara TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.