Video : Padah Tak Sabar, Rolls Royce Phantom Terjunam Dalam Lubang

Lelaki yang memandu kereta Rolls Royce Phantom akhirnya terjunam ke dalam lubang pembetung di tengah-tengah jalan, gara-gara tidak sabar menunggu kesesakan lalu lintas.

Berita Shanghai melaporkan, kejadian itu berlaku di bandar Harbin, China, pada Selasa.

Menurut sumber, lelaki yang memandu Rolls Royce Phantom, tidak sabar lalu memintas kereta lain di hadapannya.

Dia kemudian memecut kereta dengan cepat dan tanpa mengetahui terdapat lubang longkang di hadapan.

Kereta itu kemudiannya terjun ke dalam lubang saliran.

Dianggarkan harga kereta bernilai 5 juta yuan.

Kereta mewah itu kemudiannya ditarik naik dengan bantuan trak tunda.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.