Video: Jamal `Berpesta’ Arak Depan SUK

SELANGOR – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadakan gimik terbaru di hadapan pejabat bangunan SUK Selangor, Shah Alam sebentar tadi.

Beliau menghancurkan botol-botol arak di hadapan pejabat bangunan itu.

Jamal tiba di kompleks pentadbiran kerajaan Selangor itu kira-kira pukul 10 pagi ini bersama penyokongnya sambil membawa beberapa peti minuman keras itu.

Jamal turut memberikan amaran kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan kerajaan negeri supaya tidak mengambil mudah penganjuran pesta arak selain melarangnya diadakan di negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.