Video: Hidup Kamu Tak Akan Selamat; Kata Bilal Pada Pegawai Yang Robohkan Rumahnya

SUBANG – Salah seorang penduduk yang rumahnya telah dirobohkan di kuarters dalam perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di sini memberi amaran kepada pegawai yang bertanggungjawab dalam proses perobohan rumahnya itu.

Beliau yang dikenali sebagai Abdul Razak Said berkata bahawa pegawai terbabit tidak akan selamat kerana telah menganiaya serta menzalimi orang yang tidak bersalah.

“Kepada yang merobohkan, wahai Mohd Rashidi Roslan, saya cakap depan dia dan saya berdoa depan dia, ingatlah doa orang yang dizalimi hatta orang kafir pun Allah makbulkan.Kamu telah menganiayai saya dan keluarga saya dan kamu beri air mata saya menitik dengan anak-anak dan isteri saya menitik.

“Kamu ingatlah, kamu dengar ini, hidup kamu tidak akan selamat, selagi kamu tidak berjumpa dengan orang yang kamu aniaya, orang yang kamu zalimi, hidup kamu tidak akan selamat.Dosa dengan Allah, boleh diampunkan kerana Allah maha pemurah, maha penyayang, tapi dosa dengan manusia kamu kena minta ampun, kena minta maaf,”katanya ketika ditemui SuaraTV tadi.

Kemarahan ini diluahkan ekoran daripada tindakan pegawai berkenaan yang didakwa sengaja untuk melakukan perobohan tersebut walaupun sudah mendapat kelulusan untuk memberhentikan proses tersebut dan ditangguh selama sebulan.

Lebih mengejutkan, apabila Razak mendakwa bahawa setelah orang ramai mengetahui maklumat berkenaan penangguhan tersebut, pegawai terbabit melarikan diri menggunakan kereta polis.

“Kemudian, masa proses perobohan nak habis, Dr Azman mendapat mendapat maklumat daripada telefon dia memberitahu bahawa perobohan hendaklah diberhentikan dan ditangguhkan sehingga sebulan.

“Dan bila dia dapat itu, dia cari Rashidi tu, tapi dia dah lari naik kereta polis.Pegawai daerah telah memberitahu pada dia, supaya berhenti tetapi dia tetap lakukan.”ujarnya.

Namun, beliau berkata, proses yang dilakukan ini adalah secara haram kerana tiada sebarang notis perobohan ditunjukkan kepada penduduk sungguhpun telah didesak beberapa kali.

“Dah tunjukkan surat rayuan mahkamah dan surat injuksi kepada pegawai terbabit untuk melarang sebarang, pencerobohan ke atas rumah yang kita duduki.Namun pegawai itu, pegawai itu tetap berkeras bahawa beliau akan merobohkan juga pada hari ini(kelmarin) kerana dia berkata dia berpegang pada janji.

“Seorang aktivis PSM yang saya kenal sebagai Sivarajan, minta surat notis, namun pegawai Muhd Rashidi ini dia tak dapat jawab, maksudnya dia tidak ada surat itu, dia diam dan permulaan berlakukan kekecohan itulah.Semua orang desak dia untuk tunjuk notis itu,”katanya.

Ekoran daripada itu, pihaknya akan menyaman pihak yang merobohkan kawasan perumahan tersebut dan bagi meminta wang pampasan yang sewajarnya.

Dalam insiden perobohan tersebut, sembilan orang telah ditahan ketika cuba menghalang tiga rumah dan dua kedai daripada dirobohkan.

Dalam kejadian itu juga, seramai 17 orang penduduk telah hilang tempat untuk tinggal dan terpaksa tidur di masjid dan homestay yang diberikan oleh penduduk setempat.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.