Video: Bekas Reformis Kecewa Rumah Diroboh

SUBANG – Seorang bekas Reformis, Abdul Razak Said, meluahkan rasa kecewanya apabila rumahnya yang terletak di kuarters dalam perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di sini telah dirobohkan.

Menurut beliau, perasaan kecewanya itu tidak dapat dibendung lagi selepas pengorbanan yang  beliau curahkan sebagai Reformis memperjuangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun tiada sebarang bentuk bantuan diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor.

“Saya adalah bekas Reformis, masa itu zaman Azmin lagi, saya sendiri dah beberapa kali masuk penjara kerana zaman itu zaman Anwar Ibrahim.Kita mempertahankan sampai tertubuhnya sebuah kerajaan Negeri Selangor, Kitalah di barisan hadapan, geng-geng Reformis ini.

“Tapi saya tak pernah lagi pergi ke pejabat MB ke, pejabat Exco ke, walaupun semua kenalan exco-exco boleh kata kenal dengan saya.Saya belum lagi pernah berjumpa lagi dengan mereka di SUK, Minta apa-apa pun, belum lagi, saya tak pernah minta.

“Tapi sedihnya kita, hancur luluh hati kita, kita tak ada apa pun minta, cuma duduk di sini.Jadi kita rasa inilah balasan yang kita dapat, kita redha, saya redha,”katanya ketika ditemui SuaraTV petang tadi.

Dalam pada itu, beliau turut kecewa apabila tindakan kerajaan negeri yang bersikap lepas tangan apabila mereka cuba menghantar memo bagi menangguhkan proses perobohan itu.

“Tetapi yang saya hampa, kita dah beri dua kali memo kepada pejabat MB pasal perobohan ini dan kita minta MB campur tangan, tapi tak ada tindakan daripada pejabat Menteri Besar dan juga pejabat Exco.

“Tapi pejabat Menteri Besar kata jumpa Jais pula, bila saya jumpa Jais mereka pula kata Malaysia Airport pula.Saya terasa lah kena pergi ke sana ke mari,”ujarnya.

Insiden yang menyayat hati ini merupakan pengalaman pertama yang beliau perlu tempuhi dan berasa sangat kecewa kerana telah menetap disitu selama hampir 23 tahun namun diperlakukan lebih teruk dari pendatang asing.

“Selama saya hidup di dunia ini, 23 tahun saya menginap di sini, saya sendiri tak pernah rasa diperlakukan mengalahkan pendatang asing.

“Saya rakyat Malaysia dan pegawai masjid di masjid ini. Tapi kita minta kerajaan betul-betul prihatin lah,”katanya.

Dalam insiden perobohan tersebut, sembilan orang telah ditahan ketika cuba menghalang tiga rumah dan dua kedai daripada dirobohkan.

Dalam kejadian itu juga, seramai 17 orang penduduk telah hilang tempat untuk tinggal dan terpaksa tidur di masjid dan homestay yang diberikan oleh penduduk setempat.

 

 

One thought on “Video: Bekas Reformis Kecewa Rumah Diroboh

  • October 10, 2017 at 3:23 pm
    Permalink

    tak apa la pak aji….ini kan hadiah buat seorang reformis….elok elok BN yg perintah, yang hang gatai sgt nak reform government tu kenapa…???? kan dah MENDAPAT…..!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.