Seorang Ibu di AS dipenjara Kerana Menolak Imunisasi Pada Anaknya

Michigan, Amerika Syarikat – Seorang ibu dipenjara selama tujuh hari setelah dia menolak imunisasi pada anak lelakinya. Rebecca Bredow tidak mengizinkan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun diimunisasi, padahal sebelum itu persetujuan telah diberikan oleh ayah budak lelaki itu.

Image result for Rebecca Bredow

Ibu bapa di Michigan dibenarkan untuk melengahkan atau menolak vaksinasi anak dengan alasan kepercayaan. Namun, Bredow melanggar undang-undang dengan mengingkari perjanjian yang dibuat bersama bekas suaminya pada November 2016 agar anak lelaki mereka disuntik.

Bredow dan bekas suaminya bercerai pada tahun 2008, tetapi mereka berkongsi hak penjagaan. Bapa lelaki itu masih mahu anaknya diimunisasi.

Hakim Mahkamah Daerah Oakland, Karen McDonald, memutuskan untuk memberikan ayahnya hak untuk mengimunisasi anak mereka.

Bredow dijatuhkan hukuman hukuman penjara pada Rabu. Dia disabitkan bersalah menghina mahkamah selepas menolak keputusan hakim agar anaknya divaksin.

Di hadapan hakim, Bredow menegaskan bahawa dirinya adalah “seorang ibu yang berpendidikan tinggi”. Namun menvaksin anaknya adalah “bertentangan dengan kepercayaannya”.

“Saya lebih rela tinggal di penjara dan berpegang kepada apa yang saya percaya, dan bukannya memberi sesuatu yang benar-benar saya tidak percaya,” tambah Bredow.

Golongan yang menolak vaksin bimbang bahawa vaksin akan membuatkan anak mereka sakit dan terdedah kepada autisme walaupun dakwaan itu dibantah oleh pakar perubatan.

Tahap imunisasi kanak-kanak di Michigan termasuk dalam kategori terendah di AS, dengan menduduki kedudukan 43 daripada 50 negara, menurut laman Mlive.

Barbara Loe Fisher, selaku ketua lembaga pengarah Pusat Maklumat Vaksin Nasional, berkata ini bukanlah pertama kali orang tua dipenjara kerana menolak imunisasi pada kanak-kanak.

Fisher berkata kepada BBC, disebabkan itu, kerajaan persekutuan Amerika Syarikat tidak menetapkan imunisasi kanak-kanak dalam undang-undang, tetapi hanya mengeluarkan cadangan dan menyerahkan syarat kepada sekolah negeri .

Bagaimanapun, jika ibu bapa tidak mematuhi panduan vaksin yang dikeluarkan sekolah, kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan bersekolah dan ibu bapa boleh dipenjara kerana membiarkan kanak-kanak tidak hadir.

Menurut Fisher,disebabkan perkara itu, banyak ibu bapa yang menolak vaksinasi. Mereka memilih mendidik anak mereka di rumah @ home-school.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.