PH Anggap Pengolakan Dalaman PPBM Isu Kecil

SHAH ALAM – Pergolakan dalaman Bersatu (PPBM) adalah masalah biasa yang dihadapi sebuah parti politik yang baru ditubuhkan.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keadaan itu sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan Bersatu dalam struktur Pakatan Harapan.

“Saya tak campur apa yang berlaku dalam Bersatu, lagipun tidak ada parti politik yang tidak ada isu dalaman, setakat yang dimaklumkan kepada sekretariat, isu dalaman Bersatu itu kecil sahaja.

“Dia hanya melibatkan seorang dua pimpinan, saya yakin Bersatu mampu mengatasi masalah tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas hadir di sidang meja bulat anjuran IDE, di sini, hari ini.

Mengulas isu yang sama, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, mana-mana parti politik baru ditubuhkan akan berdepan dengan pergolakan.

“Saya anggap itu isu dalaman, perkara yang sama juga pernah terjadi pada PKR satu masa dulu, saya yakin dengan kepimpinan mereka dan mampu selesaikan dengan baik, kami tidak campur tangan dalam urusan parti lain, ” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.