Pengakuan Kekasih Insiden Tembakan Di Las Vegas: Dia Seorang Yang Baik Dan Penyayang

Marilou Danley, wanita yang dikatakan sebagai kekasih lelaki bersenjata ,Stephen Paddock sudah pun pulang ke Amerika Syarikat.

Sebelum ini dia telah terbang ke Manila, Filipina. Apabila tiba di Los Angeles, Marilou Danley  terus berurusan dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang disana.

Danley disambut oleh agen persekutuan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Selasa malam.

“Saya tidak pernah terfikir bahawa dia merancang pembunuhan ini,” katanya seperti yang dilaporkan di laman Fox News.

“Yang saya tahu dan kenali, Stephen Paddock seorang yang baik dan penyayang,” kata Marilou Danley dalam satu kenyataan.

Kenyataan bertulis Danley telah dibaca oleh peguamnya di luar ibu pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Los Angeles.

“Saya mencintainya dan berharap mempunyai masa depan yang bahagia bersama dengannya.”

“Dia tidak pernah berkata apa-apa kepada saya, atau mengambil tindakan yang saya rasa ianya sesuatu yang dahsyat seperti ini.”

Danley menjalani pemeriksaan selama dua minggu berada di Filipina. Ini bermaksud , ketika berlakunya tragedi di Mandalay Bay pada malam minggu , wanita itu masih berada di luar AS.

Dalam kenyataan itu, Danley juga memberitahu saya, Paddock berjaya mendapatkan tiket yang murah untuk saya ke Filipina.

“Saya mahu saya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga,” kata Danley.

Ketika Danley berada di Filipina, Paddock juga sempat menghantar wang kepada Danley dan keluarganya untuk membeli rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.