Pemandu Di China Guna Pelekat Hantu Atasi Pemandu Yang Suka Guna Lampu Tinggi

Tren pelik mula berlaku di kalangan para pengguna kereta di China. Banyak di antara mereka yang memasang cermin belakang kereta dengan stiker hologram gambar hantu.

Hologram hantu itu akan kelihatan semakin jelas semasa kereta di belakangnya menggunakan lampu tinggi.

Terdapat juga beberapa pengguna kereta di sana yang turut menukar cermin pandang belakang dalam kereta yang jenis anti silau.

Ianya bukanlah untuk bergaya, tetapi itu adalah satu bentuk kemarahan para pemandu di sana terhadap pengguna kereta yang tidak merasa bersalah memasang lampu tinggi sepanjang jalan.

Tidak dapat dinafikan ramai juga yang takutkan hantu, buktinya, kes pemandu Uber yang meletakkan ID card atau profil hantu pada keretanya.

Apabila penumpang Uber berasa takut, mereka akan membatalkan pesanan tersebut, jadi pemandu itu mendapat pampasan (caj pembatalan / caj). Difahamkan kes ini banyak dilakukan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Memang agak pelik , tapi itulah hakikat yang berlaku di sana.

Menurut pihak berkuasa, peningkatan pemasangan stiker hantu di cermin belakang kereta dianggap merbahaya bagi keselamatan para pemandu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.