Negara Idaman RBA, DAP Dalam Bahaya – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 5 Oktober 2017

Disebabkan langkah-langkah berhemat yang diambil oleh BNM pada tahun 2013, Pakatan tidak lagi boleh menggunakan ayat “nisbah hutang isi rumah semakin meningkat” lagi.

Nisbah hutang isi rumah kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia menurun kepada 88.4% pada akhir 2016 daripada 89.1% pada tahun 2015.

Walau bagaimanapun, Australia – negara idaman RBA dan DAP, kini sedang berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Bank pusat Australia baru-baru ini mengumumkan bahawa hutang isi rumah kepada nisbah KDNK mereka kini mencecah 137% – naik 14% daripada 5 tahun yang lalu, yang pada masa itu sudah pun menjadi salah satu daripada yang tertinggi di dunia.

Kini ia malah menjadi lebih “paling tertinggi”.

Disebabkan keadaan ini, beberapa bulan kebelakangan ini, para peruncit Australia menderita jualan terburuk mereka dalam 4.5 tahun kerana pengguna yang banyak berhutang kurang berbelanja dengan mengurangkan perbelanjaan pada makanan, perabot dan pakaian.

Kemerosotan sebanyak 0.8 peratus pada bulan Julai dan Ogos juga merupakan kejatuhan berturut-turut yang paling tinggi sejak Oktober 2010.

Reserve Bank of Australia (RBA) telah meletakkan kadar dasar pada tahap terendah pada 1.50 peratus selepas pelonggaran terakhir pada bulan Ogos 2016 dalam usaha mengimbangi inflasi yang tidak menentu dan pertumbuhan gaji yang perlahan berbanding hutang isi rumah yang tinggi.

Sektor runcit Australia dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah bergelut di tengah-tengah persaingan yang hebat dan kegagalan yang berterusan dalam usaha pemberian diskaun pada harga untuk menarik pelanggan agar berbelanja besar pada pakaian, kasut dan alat baru.

Angka-angka ABS menunjukkan penurunan di setiap negeri, satu kejadian yang sangat jarang berlaku, dengan tabiat makan di luar dan barangan rumah menjadi penyebab kerugian. Pusat membeli-belah ada mencatatkan kenaikan sebanyak 0.7 peratus, tetapi itu berikutan penurunan mendadak sebanyak 2.6 peratus pada bulan Julai.

Dan sesuatu yang lebih buruk bakal terjadi memandangkan bank pusat tidak lagi dapat melakukan apa-apa untuk mengurangkan beban bagi pengguna yang banyak berhutang itu kerana mereka telah memotong kadar faedah mereka kepada 1.5%, yang paling rendah dalam sejarah.

Maka, tidak banyak lagi yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Australia.

Sekiranya terdapat kejatuhan mendadak dalam harga hartanah atau berlakunya ‘economic blip’, seluruh ekonomi akan jatuh merudum kerana bank juga akan mengalami tekanan daripada pinjaman perumahan yang gagal.

Malah pada bulan Mei dan Jun tahun ini, Moody’s dan Standard & Poors telah menurunkan penarafan kredit bank Australia sambil memetik risiko dari hutang isi rumah yang tinggi.

Jadi, berhati-hatilah orang Australia dan orang-orang Malaysia yang telah berpindah ke sana.

—-
www.themalaymailonline.com/money/article/australian-retailers-suffer-worst-sales-in-4.5-years-trade-surplus-widens

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.