Mimpi Vida Jadi Nyata

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida hari ini melancarkan klip video lagu I Am Me yang bernilai RM1 juta.

Video klip arahan Ghaz Abu Bakar itu dilancarkan dalam suasana yang penuh gimik atas kehendak Dr. Vida.

 

Kedatangan Dr. Vida ke majlis yang diadakan di RedBox, Pavilion di sini menarik perhatian ramai apabila dia memandu sendiri kereta Lamborghini dengan memakai pakaian tidur.

“Saya sebenarnya berdebar untuk menunggu reaksi orang ramai. Apa yang dipapar dalam muzik video ini adalah idea saya dan Ghaz.

“Apa yang dipaparkan dalam video muzik ini adalah kisah saya sendiri. Malah video ini juga diharap dapat menjadi platform untuk perniagaan saya juga,” katanya.

Menjelas mengenai penampilannya berbaju tidur adalah bagi menggambarkan yang mimpinya menjadi nyata. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.