Mahkamah Turki Jatuh Hukum Penjara Seumur Hidup Ke Atas 40 Individu

TURKI – Mahkamah di Turki menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas 40 individu, selepas didapati bersalah merancang pembunuhan Presiden Recep Tayyip Erdogan semasa cubaan merampas kuasa, tahun lepas.

Agensi berita Dogan melaporkan, 31 defenden termasuk beberapa pegawai kanan tentera, masing-masing dihukum empat kali penjara seumur hidup.

Mereka termasuk bekas Brigadier Jeneral, Gokhan Sahin Sonmezates yang dituduh sebagai perancang utama; serta bekas komando elit, Zekeriya Kuzu, lapor RTM.

Manakala bekas ketua penasihat tentera Erdogan, Ali Yazici dijatuhi hukuman penjara 18 tahun.

Daripada 47 orang yang dihadapkan ke mahkamah, hanya seorang dibebaskan iaitu bekas Leftenan Kolonel, Huseyin Yilmaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.