Kehilangan Besar Kepada Negara – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kematian usahawan terkenal Datuk Dr Maznah Hamid sebagai kehilangan besar buat negara.

“Allahyarham Datuk Wira Dr Maznah Hamid tokoh wanita, kehilangan besar buat kita dan juga keluarga saya. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri dalam laman Twitternya, malam ini.

Najib sempat menziarahi Maznah yang juga anggota Exco Wanita UMNO sebelum beliau meninggal dunia.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 6 petang semalam setelah mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung pada 28 Sept lepas.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai ‘Iron Lady’ itu dilaporkan menjalani pembedahan jantung selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.