Warga Korea ‘Naik Angin’ Dihidang Sushi Wasabi Berlebihan

OSAKA – Sekumpulan rakyat Korea di Jepun  ‘naik angin’ dengan sebuah restoran sushi yang menyajikan terlalu banyak wasabi.

 

Media tempatan Jepun melaporkan, sebuah rangkaian restoran terkenal, Ichiba Sushi seolah melancarkan serangan wasabi kepada pengunjung asing, khususnya Korea.

 

Di Jepun, sushi dihidangkan bersama wasabi yang sudah dimasukkan ke dalam sushi, manakala di tempat lain, pes hijau pedas itu dihidangkan berasingan bagi mereka yang tidak biasa menikmatinya, lapor Agensi.

 

Gambar sushi, dengan lapisan luar wasabi yang tebal menjadi viral di Jepun dalam kalangan warga Korea yang marah dan mendakwa menjadi sasaran jenayah “benci-lidah”.

 

Disebabkan kontroversi tersebut, Ichiba Sushi mengeluarkan kenyataan : “Oleh kerana permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan asing yang mahukan lebih wasabi, kami secara tidak sengaja menyebabkan satu pengalaman yang tidak menyenangkan kepada mereka yang tidak biasa dengan sambal itu.

 

“Ichiba Sushi turut berjanji untuk meningkatkan latihan kakitangannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.