Video: ‘Ini Tanah Kami!’ Orang Asli Bantah Pembalakan Haram di Kelantan

 

Pada Rabu lepas, sekumpulan lebih 200 Orang Asli dilaporkan membuat bantahan supaya aktiviti pembalakan itu dihentikan termasuk dengan membuat sekatan bagi menghalang pengeluaran balak dari kawasan berkenaan dan tindakan pembalak merobohkan sekatan itu telah mencetuskan kekecohan.

 

 

Penduduk Orang Asli berkenaan mendakwa kawasan antara ‘Pos Tohoi’ dan ‘Pos Simpor Gua Musang’ itu adalah tanah nenek moyang mereka yang diceroboh pembalak manakala pembalak pula mendakwa mereka mempunyai lesen sah untuk melakukan kerja pembalakan.

 

 

Konsesi pembalakan berkenaan sudah bermula sejak 30 tahun lalu dan sekarang sudah memasuki perjanjian kali kedua.

 

 

Diminta mengulas perkara sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan berkaitan kekecohan yang membabitkan kumpulan Orang Asli dan pembalak.

 

 

Beliau berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati kerja pembalakan yang dijalankan menepati Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.