Video: BERSIH Bakal Saman SPR Berkenaan Isu Persempadanan Semula

PETALING JAYA – Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menyatakan hasratnya untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat ini di Mahkamah Tinggi bagi menghentikan persempadanan semula.

 

Menurut beliau, SPR tidak maklumat yang mencukupi dalam cadangan persempadanan semula yang diumumkan september lalu.

 

 

“kami ingin menfailkan saman sebelum bantahan iaitu pada 14 oktober ini,” katanya ketika di temui media petang tadi.

 

Beliau akan mengemukan satu cabaran perlembagaan di kawasan beliau menetap iaitu di Petaling Jaya Utara(PJU) selepas beliau mendakwa bahawa beliau telah berjaya mengumpul 100 tandatangan daripada penduduk di PJU.

 

 

Katanya lagi, SPR turut mencadangkan kerusi baru iaitu Damansara yang meliputi kerusi PJU dengan bilangan pengundi seramai lebih daripada 150 ribu pengundi.

 

“SPR mesti menyedari kepentingan maklumat kawasan yang diberikan kepada kita (dalam cadangan itu).

 

“Pelbagai alasan – hubungan tempatan, sempadan pentadbiran dan perwakilan yang sama – yang disebut oleh kami, bergantung kepada keluasan kawasan itu.

 

“Kami tak boleh beritahu di mana sebenarnya sempadan, apa yang kita ada hanyalah anggaran. Tanpa maklumat ini, kita tidak akan tahu kesan persempadanan semula,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau mahu mengesa agar mahkamah menentukan sama ada persempadanan semula itu dilakukan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

Perlembagaan menyatakan bahawa “bilangan pemilih dalam setiap kawasan di negeri sepatutnya lebih kurang sama,’katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.