Rundingan Pemimpin Tahunan Ke 20, Malaysia-Brunei Tingkat Hubungan

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei bakal meneruskan usaha serta komitmen dalam Rundingan Pemimpin Tahunan ke-20 antara kedua-dua negara bagi mempelbagai isu dua hala, serantau, antarabangsa dan mempunyai kepentingan bersama.

 

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena rundingan itu di sini semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai dalam rundingan itu sejak perjanjian antara kedua-dua negara ditandatangani pada 16 Mac 2009, lapor Kosmo.

 

“Kedua-dua pemimpin menekankan kepentingan perjanjian itu dalam mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan mahu para pegawai kerajaan untuk meningkatkan usaha mereka bagi menyelesaikan perkara yang masih tertunggak,” kata kenyataan itu.

 

Sultan Brunei kini dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia bermula kelmarin sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-20.

 

Dalam pada itu, Najib dan Sultan Brunei menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman bagi kerjasama kedua-dua negara dalam bidang teknologi hijau di Bangunan Perdana Putra.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.