PKR hantar pemimpin pulihkan situasi di Sabah

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat mengambil inisiatif dengan menghantar beberapa orang pemimpinnya ke Sabah bagi memulihkan kembali parti itu di sana.

 

Menurut Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan, PKR sedang dalam usaha menjernihkan kembali situasi di sana.

 

“Kita ada gambaran yang lebih besar tentang apa yang berlaku di sana (Sabah).

 

“Buat masa sekarang, PKR sedang melaksanakan langkah bagi menjernihkan keadaan di sana,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

 

Tambah beliau lagi, keadaan politik di Sabah pada masa kini bukan merupakan pandangan umum PKR secara menyeluruh.

 

“Situasi PKR di Sabah perlu dipandang secara spesifik dan bukan merupakan pandangan umum yang berlaku dalam PKR secara menyeluruh.

 

“Meskipun telah berlaku beberapa peristiwa sejak kebelakangan ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu tanganinya,” katanya lagi.

 

Dalam pada itu, Beliau dalam pada itu turut berkata bahawa tindakan keluar parti ini hanya akan memperkuat dan memantapkan lagi parti.

 

“Keluar parti bukan perkara baru. Bila seseorang sudah keluar parti, parti biasanya akan jadi lebih kuat dan mantap.

 

 

“Dengan adanya Wan Azizah, hal seperti ini bukan masalah besar. Yang penting, kita perkukuh perjuangan parti,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.