Pembukaan ISETAN The Japan Store Pada 27 Oktober

KUALA LUMPUR – Peruncit utama Jepun, Isetan, akan membuka kedai konsep khususnya yang baharu diperkenalkan, The Japan Store, kepada orang ramai pada 27 Okt ini.

 

Kedai konsep baharu berjenama pertama di dunia ini akan dibuka di tengah-tengah kawasan ‘Segitiga emas ibu kota’, di Lot 10 Bukit Bintang.

 

Menurut syarikat itu dalam kenyataannya, berdasarkan minat global terhadap Jepun yang terus berkembang, The Japan Store akan memperkenalkan sejarah, budaya, teknologi, kepelbagaian gaya hidup dan reka bentuk Jepun melalui pemilihan teliti jenama, produk dan perkhidmatan.

 

Menerusi usaha sama dengan program ‘Cool Japan’ yang dilancarkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, kedai ini bertujuan menawarkan gaya hidup dan estetika Jepun kepada pengguna.

 

Kedai itu juga turut membabitkan penawaran produk luar biasa dari Jepun, termasuk jenama serantau, dengan lebih 200 yang sedang diperkenalkan di pasaran untuk pertama kali, di enam tingkat.
Setiap tingkat dikhususkan untuk kategori produk dan pengalaman mengikut tema tertentu, daripada makanan sehingga budaya, fesyen, kecantikan dan teknologi (The Museum, The Studio, The Room, The Cube, The Table dan The Market).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.